Monday, April 2, 2012

Jubah For Kids Anak Alidz Kini Di Pasaran

Anak Alidz adalah jenama pakaian kanak-kanak yang baharu sahaja berada dipasaran April 2012, jenama pakaian kanak-kanak ini adalah produk Alidz Enterprise (KC0007765-T) yang didaftakkan di Kedah beralamat 120 Jalan Permai 6, Taman Desa Permai, 09600 Lunas KEDAH.
Anak Alidz diperkenalkan bagi memenuhi keperluan berpakaian anak-anak muslim. Sebagai permulaan Anak Alidz hanya memfokuskan produk Jubah For Kids bertemakan batik. Hari ini pakaian jubah sudah menjadi semakin popular di kalang ibu-ibu, tetapi jubah untuk kanak-kanak adalah terhad. Jenama Anak Alidz cuba mengisi ruang yang kosong ini.
Jubah For Kids Anak Alidz adalah jubah yang berciri kemelayuan, syarikat Alidz Ent. menerapkan elemen batik dalam rekaan jubah untuk kanak-kanak ini. Selain itu, kualiti fabrik juga dipilih dengan teliti untuk memberi kepuasan kepada pelangan, sesuai dengan moto syarikat 'Kualiti dan Kepuasan Pelangan Adalah Keutamaan Kami'. Jubah-jubah ini juga adalah buatan tempatan (made in Malaysia) ianya dijahit oleh tukang jahit perseorangan (tailor made). Pihak syarikat hanya memberikan 1 rekaan jubah kepada 1 tukang jahit sahaja.
Rekaan-rekaan jubah batik Anak Alidz adalah sangat eksklusif, tiada 2 baju yang sama, yang pastinya setiap baju memiliki corak yang berbeza. Jubah ini juga memiliki ciri-ciri yang memenuhi keperluan kanak-kanak umpamanya lengan bergetah sesuai ketika mereka hendak makan atau ke tandas, hanya tarikkan sahaja legan baju untuk mengelakkan baju tadi kotor atau basah, ia juga memudahkan ibu bapa mengawal anak-anak.
Saya percaya Jubah For Kids Anak Alidz ini adalah yang pertama seupmamanya di Malaysia, mengabungkan batik dengan fabrik jubah.
Untuk melihat jubah-jubah batik ini sila ke fanpage http://www.facebook.com/JubahForKids dan boleh buat belian terus di sana, klik Produk Katalog untuk membuat belian atau terus ke laman rasmi anak.alidz.my,klik disini Jubah For Kids 




No comments:

Post a Comment